Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Perkongsian ini berkonsepkan buat duit online tanpa modal dan sedikit informasi kepada sesiapa yang masih lagi mencari altenatif lain untuk mencari pendapatan melalui alam maya. Dibawah ini saya ambil dari perkongsian sahabat yang bertujuan memberi manfaat kepada orang ramai. Semoga beliau dikurnia rezeki yang melimpah ruah, insyaallah..

Restu Ibu Bapa, Pra-syarat sebuah kejayaan


Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu,
dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[al-Isra’ 17:24]

  1. Keredhaan Allah terletak pada redha ibu bapa
Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. ( Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya – hadis no: 1899 )

2. Doa ibu bapa sangat mustajab

“ Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah , doa ibu bapa terhadap anak , doa orang yang berpuasa dan doa orang bermusafir .” (HR Al-Baihaqi)

3. Derhaka kepada Ibu Bapa akan dibalas Allah swt di dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud:
“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.”
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Sunday, 4 August 2013

4 KUNCI TERHEBAT DALAM PERNIAGAAN



4 KUNCI TERHEBAT DALAM PERNIAGAAN

Oleh: DR AZIZAN OSMAN




Berdasarkan pengalaman serta kajian saya sendiri, 90% daripada usahawan yang baru berniaga, mereka akan mengalami dua situasi ngeri iaitu: Tidak berjaya buat banyak duit. Akhirnya mendorong kepada satu lagi situasi, di mana perniagaan mereka lingkup teruk dan akhirnya “tutup kedai”.

Perkongsian ini bukan bertujuan untuk membuatkan bakal usahawan trauma atau takut untuk memulakan perniagaan. Apa yang mahu ditekankan adalah kepentingan memahami formula, yang terbukti membantu kita untuk mencipta jalan kejayaan menerusi perniagaan. Kuasai Formula M.E.S.T.I. Formula itu adalah M.E.S.T.I (M = Mentor, E = Elmu, S = Sistem / Strategi yang betul, T = Tindakan yang betul, & I = Impian yang jelas).

Ramai yang ghairah dan teruja apabila melihat orang lain berniaga dan berjaya mengubah kehidupan mereka. Namun mereka terlupa beberapa elemen penting. Tanpa ilmu perniagaan, tanpa mentor yang terbukti berjaya, mereka akan terus dihimpit kegagalan dalam perniagaan.

Situasi kurang enak ini berlaku dalam 90% diri usahawan. Di mana mereka lebih rela melanggar dinding berkali-kali, membakar duit sendiri tanpa memperoleh sebarang pulangan, membuang masa dan tenaga melakukan perkara yang masih diragui keberkesanannya, dan terus mencuba nasib. Akibat daripada situasi-situasi ini, keputusan terakhir mereka adalah mengangkat bendera putih dan menyerah kalah.

Untuk mengelakkan diri kita daripada tergelincir dalam situasi-situasi ngeri seperti yang disebutkan di atas, penting untuk kita faham tentang 9 formula mencipta landasan kejayaan dalam perniagaan. Khususnya untuk bakal usahawan dan usahawan yang baru mula bertapak. 9 formula ini dapat membantu kita untuk mengubah rentak perniagaan serta merta.

1-Matlamat Perniagaan & Peribadi yang Jelas.


Sebelum berniaga, fahami dan jelas tentang sebab utama kita memulakan perniagaan. Kenapa kita memilih untuk berniaga? Apakah matlamat yang ingin kita kecapi daripada perniagaan? Apakah impian kita? Ini kerana, perniagaan sebenarnya bertindak sebagai alat. Matlamat, impian dan sebab kita adalah faktor pemangkin kejayaan dalam perniagaan. Kebanyakan mereka yang berjaya dalam perniagaan, terdiri daripada golongan yang mempunyai matlamat yang jelas. Dalam masa sama, matlamat peribadi yang jelas juga biasanya menyebabkan kita terpaksa berjaya.

Contohnya dalam kes kejayaan pelabur bertaraf bilionair, iaitu Warren Buffett. Sejak 35 tahun dahulu, beliau memang mempunyai minat yang dalam terhadap produk-produk baru, yang ada dalam pasaran. Secara tidak langsung, mendorongnya untuk membeli saham-saham yang ditawarkan oleh syarikat pengeluar produk-produk itu.

Setelah sekian lama bergiat dalam industri saham dengan hanya berdasarkan minat dan matlamat yang jelas, Warren Buffet berjaya mengaut keuntungan sehingga ribuan kali ganda dalam masa beberapa puluh tahun.

Selain beliau, anak muda yang mengasaskan laman sosial Facebook iaitu Mark Zuckberg juga mempunyai cerita kejayaan yang hampir sama. Beliau bermula dengan mempunyai matlamat peribadi yang jelas. Mark Zuckerberg mahu mengenali ramai gadis-gadis di universitinya. Oleh sebab itu, beliau mencipta satu sistem di Internet yang digelar sebagai “Facebook”. Malah, hari ini beliau memegang status sebagai bilionair termuda di dunia.

Situasi seperti ini juga berlaku dalam diri para peserta program saya yang sudah bergelar jutawan. Mereka bermula dengan wang poket yang sedikit. Namun disebabkan matlamat mereka jelas, iaitu mahu memberikan kehidupan yang lebih baik kepada insan yang mereka sayangi, maka mereka tidak mencipta sebarang alasan.

Matlamat yang jelas ini sangat penting. Selain membantu kita mempunyai fokus yang kuat untuk mencapai apa yang kita mahu, ia dapat menyelamatkan diri kita daripada terpengaruh dengan emosi negatif, apabila menghadapi sebarang cabaran dan halangan dalam perniagaan.

Justeru itu, tulis dengan jelas matlamat yang kita benar-benar mahu capai. Tulis sekali tarikh atau tempoh untuk kita realisasikan matlamat itu. Kemudian lihat bagaimana rentak perniagaan kita mula berubah sedikit demi sedikit.

2-Kenal Pasti Masalah, Kenal Pasti Solusi

Ini adalah masalah utama yang berlaku dalam diri usahawan yang gagal memasarkan produk atau perkhidmatan mereka dengan berkesan. Mereka tidak mampu untuk menjawab soalan seperti, “Apakah masalah kritikal yang dihadapi oleh orang ramai, yang menyebabkan mereka memerlukan produk atau perkhidmatan anda?” Jika soalan ini tidak boleh dijawab dengan padat dan penuh keyakinan, maka ia menjelaskan bahawa kita sendiri tidak memahami perniagaan yang dijalankan.

Untuk menjadi usahawan berjaya, penting untuk kita mengenalpasti masalah sebanyak yang mungkin. Kerana tugas bisnes yang hakiki adalah menyelesaikan setiap masalah yang ada, menerusi produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan. Contohnya, kita menjual karipap panas berintikan daging serta kentang pada waktu petang. Masalah yang dapat kita selesaikan adalah masalah individu yang bekerja di pejabat di luar sana, yang ingin mendapatkan karipap sedap di waktu petang.

Bukan itu sahaja. Kita juga boleh menyelesaikan masalah isteri-isteri yang ingin menghidangkan karipap panas yang sedap di rumah, untuk seisi keluarga bagi menikmati waktu petang. Malah bagi yang mempunyai masalah emosi terganggu kerana merindui karipap panas masakan ibunya, kita sebenarnya sedang menghulurkan bantuan untuk menyelesaikan masalah itu. Dalam perniagaan, lagi banyak kita dapat kenal pasti masalah, lebih mudah untuk kita melaksanakan strategi pemasaran dan mencipta keyakinan dalam diri pelanggan terhadap bisnes kita.

3-Strategi "Bootstrap"


Usahawan yang gagal sering menyalahkan isu modal sebagai alasan mereka gagal, atau tidak berjaya dalam perniagaan. Hakikat yang sebenar adalah, kita tidak perlu modal perniagaan yang besar untuk bermula. Kebanyakan peserta program saya memulakan perniagaan dengan jumlah modal yang kecil. Strategi ini digelar sebagai strategi “bootstrap”.

Maksudnya, kita memulakan perniagaan menggunakan apa yang ada dalam diri. Kita gunakan bakat, minat atau kemahiran sedia ada untuk menawarkan servis atau produk kepada para pelanggan yang memerlukan. Selain itu, kita juga boleh menjual produk atau perkhidmatan milik orang lain.

Kisah Mat Jenin dapat dijadikan sebagai iktibar untuk memahami strategi ini dengan lebih mendalam. Beliau bermula dengan mengambil upah panjat kelapa. Kemudian duit upah itu digunakan untuk membeli ayam. Apabila ayam bertelur, telurnya itu dijual di pasar. Selepas itu, beliau kumpul duit supaya dapat membeli kambing. Mat Jenin mula menjual susu kambing dan mengumpul duit untuk membeli lembu. Sebaik sahaja lembu dibeli, beliau menjual susunya pula. Sehinggalah satu hari semua lembunya berjaya dijual dan akhirnya Mat Jenin menjadi kaya raya.

Namun satu daripada masalah ketara beliau adalah, Mat Jenin hanya berangan-angan tanpa sebarang tindakan. Namun apa yang jelas di sini adalah pendekatan strategi “boostrap” yang beliau angankan. Dalam masa yang sama, kesabaran juga memainkan peranan penting untuk melaksanakan strategi ini.

4-Test, Trial dan Adjust (Dare to Explore)

Istilah menguji adalah istilah yang terbaik bagi menjelaskan formula yang keempat ini. Penting untuk usahawan menguji permintaan di pasaran, dengan menjalankan percubaan demi percubaan supaya produk atau servis kita dapat diterima pasaran.

Apabila kita menjual karipap berintikan daging dan kentang, langkah pertama adalah memberikannya kepada beberapa orang untuk merasa terlebih dahulu. Kemudian minta maklum balas daripada mereka. Ambil perhatian terhadap maklum balas yang diberikan. Lakukan ubahsuai dan penambahbaikan sehingga kita benar-benar berpuas hati.

Langkah ini penting sebelum kita memasarkan produk atau servis secara agresif dan besar-besaran. Lagi Formula Dalam Edisi Seterusnya. Dapatkan lima lagi baki formula mencipta landasan kejayaan dalam perniagaan, dalam edisi Majalah Maskulin Januari 2013


3 Keywords for Successful Entrepreneur


3 Keywords for Successful Entrepreneur

Dr Azimuth memberitahu kami bahawa sesungguhnya, ada TIGA kata kunci yang perlu bagi seorang usahawan:

1. Mind Setting
Untuk menjadi seorang usahawan, kita perlu set minda kita bahawa bidang ini adalah terbuka untuk semua. Ianya bukan khusus untuk kaum Cina sahaja. Ianya bukan untuk orang yang tertentu sahaja, tetapi ia adalah bidang untuk semua orang. Dan kita mesti memiliki minda yang positif di dalam merenungi bidang keusahawanan ini. Selagimana mana minda kita belum di tune pada tahap yang sepatutnya, selagi itu kita akan ragu ragu untuk memulakan sebarang perniagaan. Semakin meningkat usia kita, semakin sukar bagi kita untuk memulakan langkah di dalam keusahawanan. Akhirnya, kita mengalah pada keadaan dan terus terkubur hasrat kita untuk memulakannya.


2. Networking
Seorang usahawan hendaklah memiliki ‘network’ untuk memastikan survival dan perkembangan bisnes mereka. Samada dia perlu membangun sendiri network tersebut atau dia hanya menyertai mana mana network yang sedia ada. Networking boleh menjadi batu loncatan bagi seseorang usahawan untuk menambah pendapatan atau meneroka bidang bidang keusahawanan yang lain.

3. Marketing Skill
Setelah memiliki idea bisnes yang baik, produk yang hebat, kedai yang mantap, seseorang usahawan perlu memiliki marketing skill yang memadai. Saya boleh umpamakan sebuah perniagaan internet. Seorang usahawan internet membuat sebuah website jualan dengan harga yang tinggi dari pereka laman web professional, setelah beroperasi nyatanya website itu tidak memberi pulangan. Ianya kerana website itu tidak dipasarkan dengan baik sehingga dari billion pelayar internet, tiada seorang pun yang memasuki laman webnya. Seperti sebuah kedai yang dihias cantik, tetapi gagal menarik pelanggan masuk ke dalam.
Marketing skill boleh dipelajari dari buku dan juga pengalaman. Samada dari pengalaman kita sendiri atau dari pengalaman orang lain. Dan bagi saya, marketing skill adalah yang paling utama di antara semua perkara yang perlu ada bagi seorang usahawan.


Sebelum mengakhiri ‘talk’ beliau, Dr Azimuth ada memberi tahu satu perkara yang sangat mengujakan saya. Kata beliau, seorang usahawan, dia lebih dekat dengan Tuhannya. Kerana, pendapatan dia hanya bergantung pada Allah swt. Seperti seorang peniaga pasar malam, sebelum berniaga, dia berharap agar hari ini cerah tidak hujan, dan pengharapan itu dia sandarkan hanya kepada Allah swt sahaja. Berbanding dengan orang yang makan gaji, semua itu tidak bermakna bagi dia, bahkan andai kata dia malas di dalam melakukan kerja, dia masih boleh menikmati hasilnya. Berbanding seorang usahawan, he earned what his working for. Andai dia malas, pasti pendapatnnya akan merosot. Wallahua’lam.


6 Cara Menjadi Kaya


6 Cara Menjadi Kaya

Dari Artikel Dr Azizan Osman:

1. Kaya Keturunan

Anda lahir ke dunia dan melihat wajah ibu anda adalah ratu Elizabeth.
Jangan salah faham, ini hanya contoh. Kalau seseorang itu lahir-lahir sahaja dan ibu dia adalah sekaya ratu Elizabeth, maka peluang dia untuk jadi kaya mungkin lebih tinggi bukan? Tapi berapa ramai di sini yang ada peluang untuk jadi kaya cara begini. Dalam 100 orang, mungkin 5 orang sahaja yang menjadi kaya kerana keturunan.

2. Menjadi usahawan atau ahli perniagaan
Cuba anda fikirkan sejenak. Apakah pekerjaan mereka yang tersenarai di Forbes Magazine sebagai manusia yang kaya dan berjaya? 74% daripada mereka yang berjaya dan kaya adalah mereka yang menjalankan perniagaan.

Pernah dengar tentang hadith nabi yang menyebut 9/10 daripada sumber rezeki adalah hasil daripada perniagaan? Ramai yang pernah mendengar hadith tersebut, malah ada sesetengah ustaz yang dok mengajar hadith ini tetapi mereka sendiri tidak mempraktikkan apa yang disarankan oleh nabi s.a.w iaitu berniaga. Zaman hari ini kita perlu bertindak pantas. Jangan risau tentang hal orang lain tetapi fokus untuk memperbaiki diri kita sendiri.

Dapatkan ilmu dari mentor yang telah terbukti berjaya dalam perniagaan dan pelajari sistem yang digunakan kemudian bertindak untuk membina perniagaan anda sendiri. Lihatlah contoh perniagaan yang berjaya seperti kedai pakaian JAKEL milik usahawan bumiputra yang berjaya. Bermula hampir 30 tahun dahulu dan hari ini terus berkembang mempunyai banyak cawangan.

Kita perlu bangga dengan kejayaan tersebut, sokong kejayaan tersebut dan mencontohi kejayaan tersebut. Bukan bila tengok mereka berjaya dan mulalah keluar macam-macam kata-kata berbaur busuk hati dan dengki melihat kejayaan tersebut. Jika anda pernah ke Jakel, anda akan terperanjat dengan cara mereka melayan pelanggan yang sangat peramah walaupun anda bukan selebriti atau dikenali. Itulah antara perkara yang usahawan perlu contohi. Belum kira lagi lihat betapa seronoknya mereka adik-beradik, ipar duai yang boleh kembangkan perniagaan mereka masing-masing bersama-sama.

Mungkin ada “biawak” yang cakap, “Eleh, masalah dalaman mana kau tahu?”. Point saya ialah apa yang baik kita ambil tauladan. Yang pergi fokus dekat masalah tu buat apa? Bila kita terlampau sibuk cari masalah orang lain, kita akan terlupa yang kita ni mungkin berlambak masalah.

Point saya di sini, keusahawanan adalah platform yang bagus untuk membina kekayaan dan kejayaan tetapi anda perlu bersedia untuk sentiasa belajar memperbaiki diri dan skil anda. Kuasai ilmu pemasaran kerana pemasaran adalah kunci kejayaan dan kekayaan keusahawanan.

3. Bekerja keras untuk mendaki jawatan demi jawatan
10% daripada mereka yang berjaya membina kekayaan adalah mereka yang sanggup bekerja keras, berusaha dan menjadi aset kepada syarikat-syarikat. Mereka berkhidmat di syarikat-syarikat yang pada asalnya kecil kemudian selepas beberapa tahun menjadi syarikat yang besar, maka mereka yang bekerja keras ini diberikan ganjaran saham syarikat apabila syarikat tersebut diapungkan ke bursa saham. Ramai juga yang menjadi jutawan dengan cara begini.

4. Menjadi pakar atau professional di dalam sesuatu bidang
Ramai juga yang berjaya membina kekayaan dan kejayaan dengan menjadi professional ataupun pakar di dalam sesuatu bidang. Contohnya seperti doktor, doktor gigi, peguam, arkitek, jurutera dan lain-lain lagi yang sangat berpengalaman dan pakar dalam jurusan mereka. Mereka adalah orang yang berusaha keras untuk mendapatkan kelayakan akademik dan sanggup bekerja keras untuk membina pengalaman serta kepakaran mereka. Ramai yang mendapat pendapatan yang tinggi dan tahu uruskan kewangan mereka untuk pelaburan dan pendapatan pasif.

5. Terlibat di dalam “sales” (bidang jualan)
Salah satu cara untuk membina kekayaan adalah terlibat di dalam sales atau bidang jualan dan pemasaran. Ramai yang menjadi jutawan dengan bermula daripada “sales”. Malah terlibat di dalam sales atau bidang jualan adalah antara cara yang mudah dan ramai daripada mereka yang berjaya serta kaya dengan cara ini mungkin tidak mempunyai kelulusan akademik yang melangit tetapi pendapatan mereka mungkin lebih banyak sebulan dibandingkan dengan pendapatan setahun seorang professor yang mengajar tentang teori jualan dan pemasaran tetapi tidak pernah jual atau pasarkan walau sebatang pen pun.

Orang yang mahu berjaya dalam bidang sales atau jualan ini, mereka perlu bersedia untuk bekerja keras, sanggup belajar dan perlu tahu uruskan kewangan dan belajar untuk melaburkan duit mereka serta bijak menguruskan kewangan supaya ianya tidak “lebur”.

6. Nasib, bakat atau Terpijak.
Hanya 1% daripada mereka yang kaya dan berjaya adalah mereka yang kaya menggunakan cara ini. Mereka adalah yang berjaya membina kekayaan melalui saham, ciptaan terbaru atau terkini, teknologi, industri hiburan, penulisan buku dan lagu, menang loteri atau apa-apa cara yang banyak memerlukan usaha tetapi banyak bergantung kepada bakat atau nasib. Malangnya, kumpulan inilah yang selalu diwar-warkan atau mendapat publisiti sedangkan sebenarnya cara untuk kaya dengan kaedah ini adalah tidak mustahil tetapi agak susah. Dan malangnya lagi di Malaysia ini, anak bangsa kita banyak ditonjolkan tentang kononnya betapa mudah untuk berjaya hanya dengan menjadi artis. Tetapi sebenarnya tidak, apapun bidang yang diceburi. Seseorang itu perlu bersedia untuk belajar mendapatkan ilmu, mentor, sistem serta sanggup berusaha bertindak pantas.

p/s: rasa rasa jalan yang mana paling cepat? tolong keluarkan opsyen 1 dan 6. Bagi saya, opsyen 2, iaitu menjadi usahawan. Yang mana paling kurang risiko? Bidang 'sales'. Tetapi,mungkin bagi orang MLM, Direct Selling, Insurans/Takaful bidang sales adalah yang paling cepat dan paling kurang risiko. Wallahua'lam.


Hijrah: Keluar Dari Comfort Zone



Hijrah: Keluar Dari Comfort Zone

Satu perkara yang paling sukar untuk kita lakukan ialah keluar dari rutin yang biasa kita lakukan. Kajian menunjukkan faktor usia memainkan peranan dalam menentukan keberhasilan seseorang di dalam menjejakkan kaki ke dunia bisnes ini. Saya yakin setiap orang mempunyai cita cita untuk bekerja sendiri atau memulakan bisnes sendiri.


Sedikit perkongsian dariUst Hasrizal:

“Mengapa kamu belum bernikah?” Baginda menyoal lagi.

“Aku fakir” pemuda itu memberikan jawapan yang sama.

“Mengapa kamu belum bernikah?” Baginda mengulang soalan yang sama buat kali yang ketiga.

Pemuda itu tidak berani mengulang jawapan yang sama.

“Ya Rasulallah. Aku memang mahu bernikah. Carikanlah buatku seorang isteri!” jawab anak muda itu.

“Kamu pergilah ke sebuah kampung di sana. Nyatakan kepada orang kampung itu bahawa Rasulullah menyuruh mereka mengahwinkan seorang anak gadis kampung itu denganmu” arah Rasulullah sallalaahu ‘alayhi wa sallam.

Pemuda itu pergi ke kampung tersebut, menyatakan mesej yang dibawanya kepada penduduk di situ. Dia kemudiannya kembali kepada Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam dengan sebuah persoalan.

“Aku tidak punya apa-apa untuk dijadikan mas kahwin” adu beliau.

“Carilah sebentuk cincin besi!” Baginda mengajar.

Sungguh unik. Seorang anak muda yang miskin, diperintahkan oleh Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam supaya bernikah. Tidakkah nikah itu memerlukan perbelanjaan? Bukankah selepas nikah, lelaki fakir itu memikul tanggungjawab memberi nafkah. Apa yang mahu disumbat ke mulut isteri?

TELADAN


Kisah pemuda itu tidak harus dipandang mudah pada sekadar bermaksud gesaan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam agar bernikah.

Bagaimana Baginda berulang kali bertanya soalan yang sama mengapa beliau belum berkahwin? Jawapan yang diberi adalah kemiskinan. Tidak berkahwin dan miskin bukanlah masalah paling utama dalam situasi anak muda tersebut. Sebaliknya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam mahu menolak anak muda itu KELUAR DARI ZON SELESA beliau agar:

Usahakan mencari calon
Usahakan mas kahwin walaupun sekadar sebentuk cincin besi

Kata kuncinya, BERUSAHA.

Lelaki itu kelihatannya selesa dengan keadaan dirinya yang miskin. Benar sekali dalam hidup ini, ada yang lebih susah daripada susah, iaitu BERUBAH. Sehingga ada manusia yang lebih rela untuk terus hidup susah berbanding membuat perubahan. Di dalam kes anak muda ini, NIKAH menjadi DORONGAN untuk memaksa pemuda itu membuat perubahan. Usaha cari calon. Usaha dapatkan cincin besi. Pokoknya, kamu kena bangkit berusaha.

Demikianlah perkahwinan mampu mengubah ‘nasib’ seseorang. Jika semasa bujang dia boleh membiarkan dirinya miskin melarat, bekerja bila mahu dan berhenti kerja sesuka hati, pilihan itu tidak ada bagi seorang yang bernikah dan sedar akan tanggungjawabnya. Ada mulut yang mahu disuap, justeru dia tidak sewenang-wenang membuat keputusan mudah bekerja atau menganggur, sabar dengan karenah di tempat kerja atau berhenti.

Begitulah nikah mencetus perubahan diri.




Berani untuk berubah. Jika bukan anda siapa lagi,jika bukan sekarang,bila lagi.

Wallahua'lam


5 Langkah Membina Minda Jutawan


5 Langkah Membina Minda Jutawan

Oleh: Irfan Khairi

Pernahkah anda fikirkankan, apakah sebenarnya di dalam
minda seorang jutawan? Apakah persediaan minda yng dilakukan untuk
menjadi seorang yang berjaya?

Pernahkah anda dengar cerita tentang seseorang yang tiba-tiba
mendapat durian runtuh (dari segi kewangan, bukan durian!), tetapi,
tidak lama kemudian segala yang dimiliki hilang entah ke mana?

Ini adalah kerana minda seseorang itu belum bersedia menerima
situasi durian runtuh tersebut. Maka, terjadinya konflik antara
minda yang belum bersedia dan tingkah lakunya.

Tulisan saya kali ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan
keatas orang-orang yang berjaya, tidak kira jutawan, ahli sukan,
personality atau ahli politik. Teknik yang sering digunakan dalam
menguasai minda di gelar NLP (Neuro linguistic programming).
Artikel ini menyentuh satu cara menguasai minda yang sering
digunakan dalam mempersedia dan mencapai apa sahaja kejayaan.

Fikiran manusia adalah sesuatu yang amat kompleks di mana ia
dikatakan manusia belum lagi menggunakan kuasa minda sepenuhnya.
Minda anda adalah sesuatu yang amat canggih sehingga tiada komputer
di dunia dapat berfungsi seperti minda anda. Bagaimanakah caranya
menggunakan kuasa minda untuk berjaya? Berikut adalah 5 langkah
untuk membangunkan minda jutawan...

Langkah 1: Penuhi fikiran anda dengan apa yang anda mahukan.

Ia dikatakan bahawa seseorang itu akan menjadi apa yang
difikirkannya pada kebanyakan masa. Apa yang anda sering fikirkan?
Usahawan yang berjaya sering memenuhi mindanya dengan kejayaan
berurusniaga. Ahli sukan yang berjaya sering memenuhi mindanya
dengan gambaran memenangi pingat.

Ahli sukan popular, Lance Armstrong pernah menghidap penyakit barah
yang amat serius sehinggakan para doktor menganggap beliau tidak
akan dapat meneruskan hidup. Lance Armstrong bukan sahaja
membuktikan beliau boleh pulih dari barah, tetapi dengan
menggunakan teknik memenuhi fikirannya dengan gambaran kejayaan
dalam bidang lumba basikal, Lance kemudiannya memenangi
pertandingan basikal yang paling sukar sekali, iaitu Tour de France
sebanyak 7 kali!

Dengan memenuhi minda anda dengan apa yang anda mahu, ianya akan
menjadi sebahagian dari minda separuh sedar anda sehingga minda
anda sendiri akan mendorong anda mencapai apa jua kejayaan.

Langkah 2: Sebutkan dengan jelas

Sebut dan luahkan secara verbal dengan jelas apa yang ada di minda
anda. Ini adalah kerana, dengan menyebut, minda akan berfungsi
dengan lebih sempurna. Teknik ini digelar teknik affirmation.
Teknik ini merupakan kata-kata yang membantu dalam membangunkan
diri sendiri. Affirmation yang paling popular digunakan di dunia
adalah:

"In every day and every way I am getting better and better".

"Setiap hari, dan setiap cara, saya menjadi insan yang semakin baik"

Ianya adalah penting untuk kata-kata anda adalah sesuatu yang
benar. Maksudnya, sekiranya setiap hari anda menjadi semakin malas,
maka, kata-kata itu tidak akan membantu, tetapi hanya akan
mengurangkan motivasi anda oleh kerana minda akan menemui konflik.

Sebagai contoh, sekiranya anda menyebut berulang kali "Saya akan
pergi ke Gym untuk bersenam dan menjadi semakin kuat", tetapi anda
hanya duduk di rumah dan bermain Playstation 2 anda 24jam sehari,
kata-kata affirmation tersebut tidak akan membantu anda. Malah,
ianya akan mengurangkan motivasi anda.

Apabila memberi affirmation, sebutkan yang benar sahaja seperti
"Saya kini tiada wang, saya perlu menyiapkan novel saya yang akan
membantu dalam kewangan saya!". Kemudian, terus ke komputer anda
dan mula kerjakan novel anda itu!


Langkah 3: Bayangkan anda berjaya mendapat apa yang anda inginkan

Dalam minda, anda perlu membayangkan masa hadapan di mana anda
dapat melihat bahawa anda telah mencapai kejayaan tersebut.
Sekiranya anda inginkan kemewahan, bayangkan dalam 10 tahun lagi
apa yang anda telah capai, mungkin rumah banglo 3 tingkat bersama
swimming pool dan 3 buah kereta mewah di garage. Sekiranya anda
seorang ahli sukan, maka bayangkan anda memenangi acara anda.
Berdiri di podium dan disarungi pingat emas.

Lebih jelas anda menggambarkan bahawa anda berjaya mendapat apa
yang anda ingini, maka, lebih hebat minda anda akan berfungsi untuk
mencapai cita-cita tersebut. Bayangkan suasana, waktu, warna, cuaca
dan sebagainya dengan jelas.

Lebih lama anda dapat menyimpan gambaran ini di dalam minda anda,
lebih hebat efeknya kepada anda. Simpan gambaran tersebut selama 1
minit... 5 minit... 10 minit dan sebagainya. Seorang pemain bola sepak
terkenal sebelum memulakan perlawanan bola sepak, menyimpan
gambaran kejayaannya di padang dalam kepalanya selama 90 minit-
iaitu jangka masa seluruh perlawanan!

Kekerapan anda menggabarkan ini juga akan membantu, di mana
sekiranya anda lebih kerap membayangkannya setiap hari, maka, ia
akan mudah menjadi untuk anda. Jangan lupa- anda akan menjadi apa
sahaja yang anda fikirkan pada kebanyakan masa.


Langkah 4: Masukkan emosi

Manusia adalah insan yang beremosi. Emosi digunakan untuk membakar
semangat anda dalam mencapai apa sahaja kejayaan. Dalam memikirkan
apa yang anda mahu, affirmation, dan juga membayangkan anda
mencapainya, masukkan unsur-unsur emosi di dalam kesemuanya.

Menurut Abraham Maslow, emosi adalah asas utama yang membentuk
hireraki keperluan Maslow. Bayangkan diri anda gembira, keluarga
anda gembira, teman-teman anda mengucapkan tahniah, seluruh suasana
di sekeliling anda yang gembira dengan pencapaian anda. Ketika
affirmation juga, luahkan dengan penuh semangat dan emosi oleh
ekrana ianya akan membantu anda.

Emosi dalam setiap langkah ini bagaikan minyak membakar motivasi
anda.

Langkah 5: Percaya dan yakin ini terjadi

Langkah terakhir, adalah dengan gambaran apa yang anda inginkan,
kata-kata affirmation yang bermakna, visual di dalam minda anda
telah mencapai apa yang anda inginkan bersama emosi yang membakar,
kesemuanya adalah tidak guna sekiranya anda tidak percaya dan yakin
anda akan berjaya.


Kekuatan Minda

Kekuatan Minda
oleh: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah. Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

Saturday, 20 July 2013

5 Cara Buat Duit Dengan Blog



Blog sudah menjadi popular hari ini dan barangkali ramai pengguna internet sudah mempunyai blog untuk tujuan tersendiri. Sesetengah daripadanya buat blog sekadar suka-suka , then ada juga yang serius bisnes malah mahu cari duit poket lebih. Ramai newbie bertanya adakah betul boleh buat duit dgn blog ? Actually dunia bisnes sudah berubah sejak kewujudan internet. Bagi saya bisnes kini bukan lagi dilakukan secara konvensional di realiti sahaja malah boleh buat secara online dan lebih 'bebas' ataupun lebih memudahkan jika kena caranya. Mungkin di sini saya boleh share beberapa idea buat duit dengan blog yang selama ini telah ramai orang buat dan berjaya :


  • Jika tidak keberatan anda boleh menulis review / pandangan mengenai product, services atau lain-lain opportunities mengikut keperluan pihak PayPerPost.Com yang mana mereka akan membayar setiap review atau posting yang telah buat di blog anda. Boleh juga jadi publisher bagi Click2sell , LinkWorth maupun social network yang muncul sebagai pesaing baru Facebook iaitu PeopleString Network yang akan memberi kita komisen dengan setiap referal. 
  • Cara lain yang juga dapat mendatangkan duit yg banyak melalui blog ialah dengan Google Adsense . Ramai di antara rakan-rakan saya di Malaysia mahupun seluruh dunia telah berjaya generate income dengan Adsense ini. Paling mudah untuk dapatkan akaun Google Adsense ini ialah create blog di www.blogger.com dan mempunyai niche yang tersendiri dalam bahasa Inggeris. Dengan setiap klik daripada pengunjung blog anda di banner adsense akan memberi pulangan yang menguntungkan. Yang pastinya anda kene jujur buat adsense ini, jgn terlalu 'pandai' buat click fraud kerana google lebih bijak tentang sistemnya berbanding anda. 
  • Buat affiliate program bagi menjana income tambahan. Ia cukup mudah kerana affiliate program anda cuma mempromosikan link produk/servis vendor yang telah mereka sediakan. Tentang soal proses pembelian, penghantaran dan lain-lain isu tidak perlu risau kerana ia adalah kerja vendor/penyedia affiliate program. Kita cuma pastikan link affiliate itu dipromosi sehabis baik untuk mendapatkan komisyen yang ditawarkan. Contoh program affiliate yang menarik seperti Klikjer.Com yang menawarkan banyak produk-produk ebook terbaik yang lumayan komisyennya. 
  • Jual iklan banner atau text link di blog anda. Sekiranya web anda mempunyai hits atau traffic tinggi bolehlah ambil peluang untuk menjual ruang iklan di tepi atau memana bahagian blog anda. Mungkin jual link atau iklan untuk disewa selama seminggu, bulanan mahupun tahunan. Bergantung kepada kapasiti traffik anda, lagi banyak hits lagi tinggilah harga banner iklan anda. Contoh paling mudah ialah sepertimana iklan di web utusan.com.my atau bharian.com.my yang sememangnya harga dia cukup tinggi berdasarkan hits traffik yang banyak setiap hari. 
  • Jual produk sendiri.. cara ini mungkin boleh direalisasikan sekiranya anda ada produk atau servis sendiri. Misalnya anda jual buku novel second hand dengan membuat beberapa sinopsis dan review novel yang anda telah baca serta menjualnya dengan separuh harga daripada harga asal ataupun mengikut pertimbangan yang lebih sesuai. Apa jua produk mahupun servis boleh dijual melalui blog mengikut kategori tertentu. Ia terpulang kepada daya kreativiti anda. 
Tips-tips di atas dapat memberi panduan ringkas kepada mereka yang mahu buat duit dengan blog lebih mudah. Sememangnya kalo nak wat duit kenelah usaha yang dahsyat dan tidak malas belajar perkara baru. Terdapat pelbagai cara buat duit dengan blog asalkan kita teruskan belajar dan explore peluang-peluang di internet dengan lebih mendalam... All da best and good luck..





Mengenai penulis artikel ini

Ditulis oleh Mohd Nuur Fahmy Massailan (Code7) merupakan seorang warga Bumiputera yang berpengalaman lebih 6 tahun sebagai webmaster dan juga pengasas Softhands Creative Studio yang aktif dalam web development serta online business di Malaysia.