Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Perkongsian ini berkonsepkan buat duit online tanpa modal dan sedikit informasi kepada sesiapa yang masih lagi mencari altenatif lain untuk mencari pendapatan melalui alam maya. Dibawah ini saya ambil dari perkongsian sahabat yang bertujuan memberi manfaat kepada orang ramai. Semoga beliau dikurnia rezeki yang melimpah ruah, insyaallah..

Restu Ibu Bapa, Pra-syarat sebuah kejayaan


Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu,
dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[al-Isra’ 17:24]

  1. Keredhaan Allah terletak pada redha ibu bapa
Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. ( Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya – hadis no: 1899 )

2. Doa ibu bapa sangat mustajab

“ Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah , doa ibu bapa terhadap anak , doa orang yang berpuasa dan doa orang bermusafir .” (HR Al-Baihaqi)

3. Derhaka kepada Ibu Bapa akan dibalas Allah swt di dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud:
“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.”
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Saturday, 20 July 2013

Macam mana Nak Buat Ruang Iklan Di Blog Anda






Ramai yang bertanya macam man nak buat ruang iklan pada blog. Selalunya apabila blog anda mempunyai traffic yang bagus, akan ada sahaja mereka-mereka yang ingin mengiklan laman atau produk mereka di Blog anda. Secara tak langsung anda telah menjana pendapatan melalui pengiklanan di blog anda.


Untuk memudahkan mereka untuk mengetahui berapa bayaran yang akan dikenakan, anda boleh membuat satu page untuk maklumat tersebut seperti contoh di bawah. Anda boleh gunakan Fireworks atau Photoshop untuk capture blog anda dan tandakan kawasan-kawasan yang di tawarkan untuk ruang pengiklanan serta harganya.


Sekiranya anda menggunakan wordpress ( ni je software yang paling mudah, popular dan Free ) terdapat banyak plugins yang telah tersedia untuk tujuan tersebut. Di bawah ni terdapat beberapa wordpress plugins yang sesuai untuk menyediakan ruang iklan di blog anda. Sila pastikan versi wordpress anda terlebih dahulu sebelum install di blog anda.
Banner Garden Plugin for WordPress
Animated Banners
Banner Manager
Adwit Banner Manager
Kadom Ads Management

Selamat mencuba dan berjaya.

No comments:

Post a Comment